Kit Asas Tarannum
Program latihan kendiri di rumah menggunakan video, audio, planner dan pelan latihan 14 hari. Jiharkah dan Nahawand dipelajari dengan lebih lengkap bersama pengenalan lima irama tambahan.
NeuroVoice bantu anda dengar pola, nampak bentuk alunan, cuba dengan suara sendiri dan baiki sedikit demi sedikit. Matlamatnya bukan meniru suara orang lain, tetapi membantu anda memahami apa yang sedang dibuat ketika membaca.
Belajar satu potongan bacaan pada satu masa. Tak perlu cuba pegang semua irama sekaligus.
Bila hanya menghafal bunyi, kita mudah hilang arah apabila cuba sendiri.
Irama, suara, nafas dan harakat terasa bercampur bila semuanya mahu dikuasai sekali gus.
Tanpa struktur latihan yang jelas, kita mudah ulang kesalahan yang sama.
Untuk latihan kendiri, kita tak perlukan sembilan langkah sekaligus. Kita mula dengan loop ringkas yang senang dibuat berulang kali.
Bila anda tahu bahagian mana sedang dilatih, latihan terasa lebih jelas dan tak lagi bergantung pada cuba-cuba semata-mata.
Guru boleh bertanya kepada kelas secara umum dan beri ruang untuk berfikir. Siapa yang bersedia boleh cuba. Bila tiada yang menjawab, guru boleh beri petunjuk atau terangkan semula.
Matlamatnya bukan menjadikan kelas terlalu mudah. Kami mahu anda aktif belajar tanpa rasa dipermalukan bila belum tahu jawapan.
Ada yang mahu fleksibel belajar sendiri. Ada yang perlukan lebih banyak pengulangan. Ada yang mahu struktur lebih intensif atau perhatian individu.
Program latihan kendiri di rumah menggunakan video, audio, planner dan pelan latihan 14 hari. Jiharkah dan Nahawand dipelajari dengan lebih lengkap bersama pengenalan lima irama tambahan.
Sesuai untuk anda yang baru berjinak dengan tarannum atau mahu belajar perlahan dengan lebih banyak pengulangan.
Program tujuh bulan yang memperkenalkan asas tujuh irama secara tersusun, satu irama pada satu bulan dengan kelas mingguan.
Sesuai bila anda ada sasaran atau bahagian tertentu yang mahu diperbaiki dengan bimbingan yang lebih tertumpu.
Untuk pelajar yang mahu bergerak kepada pengolahan tarannum yang lebih tinggi selepas mempunyai asas Murattal yang sesuai. Kemasukan dibuat selepas semakan kemajuan.
Kadang-kadang masalah sebenar bukan pada irama. Bila bacaan asas masih perlukan banyak bantuan, kita kuatkan itu dahulu supaya belajar tarannum nanti terasa lebih ringan.
Boleh. Yang penting asas bacaan Al-Quran anda sudah cukup sesuai untuk mengikuti latihan. Semak laluan membantu mencari titik mula yang lebih sesuai.
Tak perlu. Kit ialah pilihan untuk belajar sendiri di rumah. Anda boleh masuk kelas tanpa membeli Kit terlebih dahulu, bergantung pada laluan yang sesuai.
Tak semestinya. Ada pelajar yang lebih sesuai bermula perlahan melalui Kickstart, dan ada yang sudah bersedia untuk terus ke Intensif.
Tujuh bulan ialah tempoh pembelajaran asas tujuh irama dalam program Intensif. Tahap kemahiran setiap orang berbeza, jadi kami tidak menjanjikan semua orang akan terus menguasainya dengan sempurna.
Tidak. Mujawwad ialah pilihan lanjutan dan hanya sesuai apabila matlamat serta semakan kemajuan menunjukkan anda sudah bersedia.
Tidak. Kelas individu sesuai untuk sesiapa yang perlukan perhatian lebih khusus, sama ada baru membina asas tarannum atau mahu memperbaiki perkara tertentu.
Mulakan dengan semak laluan ringkas. Daripada situ, kita boleh lihat pilihan yang lebih sesuai berdasarkan keadaan bacaan, cara belajar dan matlamat anda.